RSS

Kembali Bertaut..


Salam semuaaa..

FUHHHH..FUHHH..Aishhhh..ape pasey bnyk sgt abuk kat cni niehh..itu le padahnye da lamer bebenor x nyentuh blog niehh..

Teman tertarik ngan status kawan teman.."Tidak dilontarkan ujianNya di luar kemampuan setiap insan.." termenung seketika la kan ngan ayat tersebut bila terkenangkan nasib diri..bermacam2 dugaan yang dtg..lps satu2 yg dtg masalah utk menjadikan diri teman nieh matang..n hopefully semua tu akan mematangkan teman la kann n tau la bersyukur..setidak2 nye rase diri ni malang, ade lg yg lebih malang dri teman..Syukur, Alhamdulillah..

Sedang teman diuji dengan pelbagai masalah, datang la seorang hamba Allah nieh sudi meminjamkan sepasang telinga utk mendengar setiap masalah..macam2 nasihat yang beliau kirimkan agar jiwa ini tenang dri segala masalah...kepada dia yg teman maksudkan, terima kasih kerana sanggup meluangkan masa mendengar n sekaligus memberikan kekuatan kepada diri ini..Terima kasih...Saya sayang kamu..

Di tempat keja baru...mcm2 perkara yang teman belaja..especially bile nk mengadap karenah manusia..yg baik, yg celupar, yg cakap2 belakang...fuhhh...penat sbnrnye nk melayan karenah masing2..kdg2 mcm budak kecikk..ade plak yg tikam belakang..bile difikir2 kan kembali, mmg dunia nieh hanya pentas lakonan utk kita dihisab..Pengarahnya hanya memerhati dari atas...Manakala mata2 yang dilantik utk memberi markah hanya mencatit setiap perkara baik n buruk yg kita lakukan..tu la pasal manusia nieh dicipta dgn mcm2 ragam, mcm2 peel...jadi, kepada semua, n kepada diri teman, jd la diri sendiri..berbakti la sebnyak mungkin utk mengumpul markah yg baik2..

Huhuhuhu..panjangnye membebel..yeee..(hehehe..ayat org yg dekat dgn teman)..sebenornye tajuk ni just nk bgtau, teman sbnrnye ade je lagi..cume sgt2 busy dengan tugas..almaklum laaa..kije 12 jam sehari..balik tu da penat kann..so, xdpt la nk update blog..tu la yg kembali bertaut niehh..semoga kite semua tabah mengharungi ape pun ujian Dari NYA...percayalah, setiap dugaan tu musti ade hikmahnye..ape juapun permasalahan, kita kembalikan kepada Allah..mintak petunjuk dari NYA...

Cerita yg patut Dikongsi..


Salam semua..Ape kabo?hurmm..menaip lg teman kat blog ni yeh..seperti biasa, rutin teman hari nieh, masuk je kedai, on semua pc..kemas2 ape yg patut dlm kedai nieh..n seperti biasa, bukak la in ternet nk cek e-mel..

Teman tertarik pada satu e-mel yg dikirimkan oleh sahabat teman..isi kandungannye sangat menginsafkan teman..oleh itu, suka teman nk berkongsi dgn sahabat2 teman sekalian..kandungan emel tersebut berbunyi seperti di bawah..

Salam ukhuwah buat semua,

Untuk sama² kita mengambil iktibar dari ‘cerpen muhasabah’ ini agar tidak tersasar jauh krn janji Allah adalah benar, syurga & neraka adalah benar. Pilihan di tangan kita d mana tmpat terakhir istrahat kita kelak.

Sudah ten2 haruman dan wangian syurgawi tmpt idaman, tp x semudah sekadar berbicara di bibir saja….Katakan & buktikan sekadar menyampaikan…


wassalam


"Demi masa. Sesunggungnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [103: 1-3]

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika.

Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera
saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.


Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan
dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.


Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam
lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.


Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.


Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama.
Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”

Oleh Dzulkhairi Mohd Noor

Hurmm..begitulah bunyi kandungan e-mel yg telah diforwardkan ke dalam inbox mail teman..sungguh takut kann..mengerikan..Diharap kita insaf di atas segala perlakuan kita di dunia..segala yg kita lakukan di dunia akan diadili di akhirat kelak..

Renung2kan & selamat beramal..

Berkhatan..


Salam semuaaa...hurmmm..ape khabar?huishhh..mcm lame je xberceloteh kat dlm blog teman niehh...hehhehe..skrg nieh kan da stat musim cuti sekolah..aktiviti yg biasa dilakukan balik kampung, jalan2 ngan famili, kije skola kne siap kann..hurmm..macam2 lg laa..yg paling menarik sekali bg adik2 lelaki yg berumur 7 tahun ke atas..iaitu aktiviti berkhatan...

Suatu hari..anak sedara teman yg namenye andy pernah menyembang ngan teman..


Teman:
Abg, gigi abg nieh biler nk tumbuh?

Andy :
xtau la acu..tp kan acu, kalu abg sunat, gigi tu tumbuh x?

Teman:(sambil gelak, lalu nanye pada andy) hurmmm..mungkin kot tumbuh, sbb abg da bsehor kann..tp kan, sunat tu sakit x bang?
Andy:
Perkhhhh..(mcm sound effect kena bom..maybe dier bygkan bunyinye camtu kot..)sakit kot..



Macam mne la dier boleh terfikir lps bersunat gigi bru nk tumbuh..Tp kan, mmg pun, seminggu sebelum sunat teman ghase, gigi kekal dier da mula kuar..huhuhu..Disusuli dengan kenduri di perkarangan umah akak teman, di seksyen 32, Shah Alam..Ade 3 majlis dibuat pada waktu yg sama, iaitu majlis cukur jambul utk baby yg newborn, kenduri doa selamat utk majlis berkhatan dan majlis harijadi utk Andy & Ally..teman mule2 konpius, c andy ni trus berkhatan ke kan..sbb sekolah ade lg satu minggu..ghupe2 nye just wat kenduri je..majlis "pemotongannye" berasingan..Tapi ape2 pun mmg sgt2 meriah majlis tu..


Syabas la pada andy, mmg dier seorang yg strong laa..pd 8 Jun 2010 hari beliau berkhatan, mmg sikit pun dier xnangis..Percaya x, selepas dier berkhatan, dier ngajak ayah dier gi cc utk tangkap belalang..haissshhh..xrase sakit ke andy..pagi tu berkhatan, petang tu teman balik dri keghoje, tengok2 dier ngadap fb..main game..




Sebelum Pemotongan..huhuhuhu..minum la ape nk minum, mkn ape nk mkn,k..nnt kne berpantang..



Selepas Pemotongan..releks je kann..of koz laa..dier kan hero..Asr' Andika Putera..



Ok..kat tempat pembaringan, jgn lupe mkn ubt..antibiotik tu make sure abis..



Saya mahu beradu...ngantukkk..lps mkn ubat..



Aktiviti selepas bangun dri pembaringan..hehheh..fb, fb & fb..



Ape hikmah berkhatan?

Syukur kepada Allah yang menetapkan syariat berkhatan sesuai dengan fitrah manusia. Dalam satu hadis yang dilaporkan oleh Abu Hurayrah, Nabi s.a.w berkata,

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Di antara fitrah ada lima perkara; khitan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Fitrah di sini bererti sunnah yang disyariatkan bagi ummat Islam bagi menjaga kebersihan dan kesucian badan daripada pelbagai kotoran. Topik khitan dan lain-lain mengenai penjagaan diri dibahaskan oleh ulama fikah di dalam Bab Toharah (bersuci). Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan soal kesucian diri dan menjaga imej ummahnya agar sentiasa tampil segar dan kemas.

Topik ini juga membuktikan salah satu keindahan ajaran Islam. Hari ini, berkhatan turut diamalkan di kalangan non muslim kerana mereka juga mahu faedah positif daripadanya. Maha suci Allah yang menjadikan amalan kebersihan sebagai salah satu ibadah penting dalam Islam.

Pernahkan ditemui di dalam Bible atau kitab-kitab agama lain yang mengatakan berkhatan sebahagian daripada ibadah? Jika ada pun, ia adalah dari syariat Allah pada nabi-nabi terdahulu yang masih tersisa kebenarannya.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari, orang pertama yang berkhatan ialah Nabi Ibrahim. Ketika usia baginda 80 tahun. Apa yang penting diketahui ialah amalan berkhatan sudah wujud sejak beribu tahun yang lalu. Dan ia bukan baru disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w serta ummatnya.

Hurmm..itu la ceghite teman yg ingin dikongsikan bersama komer semua,k..walaupun xbnyk diharapkan boleh menambahkan pengetahuan kita semua..

Budak2 zaman sekarang


Salam semuaa..hallu3...hurmm..lame ghasenye teman idok mengupdate blog teman niehh..al-maklum laaa..kdg2 sibuk, kdg2 menyibukkan diri...yehaaaaa...kepada cikgu2 n pelajar2 yg da stat bercuti..ater, idok ke ingt nk balik kampung..hehhehe..bile skola da stat cuti, mmg kompem2 la cc nieh penuh..

Suatu hari, mase tu, cc mmg penuh ngan pelajar laa kann..ade sorang mamat nieh masuk dlm cc siap nanye lg kat teman
"ni cc ke kelas komputer.."huhuhu..reaksi teman..sengih je..

Sepanjang menjaga cc nieh, mmg customer kat cni pelajar yg berusia 6-25 tahun laaa..tu average..dari pemerhatian teman, kebanyankannye sgt2 suka main game..selain tu suke nk berfacebook..hahhaha..percaye x, budak umur 8 tahun pun da de fb sendri..paling kelaka la kan, ade la sepasang budak2 niehh..bru2 nk ade fb kann..duduk sebelah2 niehh..tp siap ckp lg..
"wei, aku nk chat ngan ko niehh.." bile kawan dier jenguk kan, siap leh tutup lg.."ehhh..ape niehh, tunggu la aku anto msg kat fb..jgn la bace sekarang..." hadoiii..mcm nieh pun ade gak ke..bior leee kann..tp, bile dier jenguk pc kite, siap bace kuat2 lg ape yg kite tulih..mau nye xghase nk karate gigi budak tuh..wahahhaha..

Tapi budak2 nieh bagus la..depa punye explore tu mmg teman salute laaa..salah satu nye..ade yg bukak blog blaja bahase jawa...hahhahaa..percaye x?pastu siap menuturkan bahasa tu...mmg caya la dikk..sambil bercakap ngan kawan di sebelahnye
"ko tengok aku ckp bhse jawa..siji, loro.." kuat..teman ghase satu cc bley blajo bhse jawa ngan adik tuh..wahhh...bagus dikk..xpe laa..janji x melanggar syariat agama..

Benda teman paling xgemor la kann..bile budak2 nieh wat bising..heee..mmg teman halau je keluor..especially kalu yg gado2 niehh..xlarat dowhh..ghimehh tul..bile jd camtu, rse cam teman nieh jd cekgu displin pun ade..utk itu, mmg teman salute la sape2 yg jd cekgu...ssh tul nk handle budak2 zaman skrg niehh..dgn menjawabnye, xdgor nasihat nyee..ya ammpunn..kalu teman jd cekgu, rse nye 2-3bulan mau kot dpt darah tinggi..dtg skolah pakai kolar je kann..hahahha..

Tp, ade satu cite nieh..sorang budak nieh, dier existing customer la kat cc niehh..dier gi bermain ngan kawan2 dier kat semak2 tu laa..kawasan kampung kann..so, depa gi la menangkap belalang..tibe2 dier masuk kat cc niehh..sambil membebel2..
"acikkk...dier wat hilang belalng yg sy tangkap td.." teman pun menjawab dgn penuh kasih syg laaa(kunun) "laaaa..biar la belalang tu lepas..dier pun nk idup bebas gak kann..cian kat belalng tuh.." dier jawab balik.."ish..ape plakk..sy nk bg mak sy masak la belalang tuhh.." trus teman tercenggang..xtau nk jwb ape.. satu cc tu gelak..ade lg ke org mkn belalang..kalu kt ceruk lain, ade la kot kan..tp kat kawasan nieh, stakat nieh, alhamdulillah..cukup semuanye...

Hepi Yaumul Cikguuuu....


Salam semuaaaa....hurmm..lamer ghasenye teman xde menaip kat dlm blog teman yg cute niehh(perasaan je kann)...semua ape khabo?diharapkan semua sehat2 belaka..teacher2, cikgu2, lauche2, ustaz2 n ustazah2...diharapkan kalian sehat dan sentiasa berada di dalam limpah kurnia Nya kerana jasa anda semuaa..huhuhu..

Suatu hari...
"Ayah..hari guru bila yeh?" tanye anak buah teman kepada ayahnye.. "Ai..kamu nieh, tibe2 tnye hari guru bile, nape nieh?" jwb ayahnye.."Heeee..ape la ayah nieh,hari guru kan harijadi abang...lupe la tu.." huhuhu..sbb harijadi dier je dier ingat hari guru..sabo je laa..

Sedar x sedar, sudah 8 tahun teman meninggalkan alam persekolahan..hurmmm..mase yg agak lamer tu..ilmu yg dipelajari, amat2 berguna utk mase depan..dlu selalu teman selalu ghase mlsnye nk gi skola..ape la yg beshnye gi skola..da la cikgu garang..denda plak kdg2 mmg teruk...teman ingat lg, mse teman darjah 4..hehehhe..teman punye lukisan antara yg paling teruk dlm kelas..denda yg cikgu tu kenakan kat teman, dier suh bawak lukisan tuh, pamer kat semua kelas..Mse tu..Malunye, Allah je yang tahu..Tapi bila difikir2 kan balik, denda tu ade rasionalnya...nk buat sesuatu, biar bersungguh2...jgn takat melepaskan batuk di tangga..

Adik2...ingat ye, cikgu tu garang kat kite, sbb dier nk kita pandai n nk jd org yg berguna pada kita..

Teman teringat pada kawan teman..Dier skrg nieh jd Cikgu Bahasa Inggeris kat sebuah sekolah..Dier mengadu pada teman suatu hari..
"Tension tul la ngajo budak2 niehh..." lalu teman pun tnye la kenapa..jawapan nye "ye laaa..ko tau, aku bg kerja sekolah, dlm kelas tu ade 27 org murid..tp yg siapkan kerja sekolah cume 4 org je..." utk menyedapkan hati beliau.."maybe budak2 tu xpaham ko ape ko ajar.." tu jwpn teman.."ye la tu..bile aku nanye, paham x semua..paham..semua pakat angguk.." nape la benda mcm nieh leh jd..cian teman nengok kawan teman tu...

lg sekali..adik2..hargai la ape yg guru2 kamu tu buat utk kamu..xpaham, sila tanya..penat cikgu kamu tu mengajar..berbuih mulut dier kat depan tu semata2 nk anak2 didik dier terdidik dgn ilmu yang dier ada..

Kepada insan yang bergelar cikgu2, ustaz n ustazah, pensyarah2 yang pernah mengajar teman baik dri tadika St. Teresa, K.P.I.P, Sekolah Kebangsaan Main Convent, Ipoh, Sekolah Agama Mahad Ummah, Chemor, Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan, Ipoh dan Cosmopoint, Ipoh, Selamat Hari Guru....Jasa kalian akan dikenang sampai bila-bila..Kerana kalian ada, maka, lahirlah insan2 yang berjaya sekarang..

Kepada guru2 yang telah kembali ke rahmatullah, marilah sama2 kita sedekahkan Al-fatihah buat meraka..semoga roh kalian ditempatkan bersama orang2 yang beriman...

Sahabat, Teman & Kawan...


Sayang kalian semuaaa...

Salam ceria semuaaaaa..hurmmm..ape khabar yeh?harapnye semua sehat2 belaka..Teman ghupe ini laa..sehat je..tp xberapa nk ade selera makan..bese kalu makan tuh, pantang dipelawa..teman pun xtau ngape...tp elok pun..misi teman nk menguruskan badan..huhuhu.. Pada satu malam..teman sedang bermesej2 dengan seorang sahabat teman...mmg kitorang nieh rapat la kann..dier nanye pada teman..."teman nieh pade mike sape yeh?" teman xtau nk jwb ape...ade la 2,3 kali dier nanye ke teman soklan tu..teman pun dgn selamba, jwb kawan baik... dier nanye lagi pada teman.."kawan baik ke sahabat?" terus teman terpikior ape beza status tuh... Hurmmm..trus la teman mengongsikan kemusykilan teman tuh pada status teman kat muke buku (facebook)..mcm2 la jawapan yang teman dapatt...dan kesimpulannye ini la yang teman dapat...


*sahabat seorang yang setia,

teman dikala susah dan senang,
kawan ada yang tikam kawan.


*sahabat mendengar segala luahan,
teman pengubat hati dikala duka,
kawan hanya mendengar tanpa berbuat apa.


*sahabat tahu erti persahabatan,

teman tahu erti hubungan,
kawan sentiasa lupakan hubungan dan erti kawan.


*sahabat semasa senang,
teman semasa susah,
kawan tiada bila musibah mendatang

Sape stuju..sila beri komen dan pendapat anda...Untuk pengetahuan semua..teman nk wat pengakuan, teman syg semua teman2 teman(ape punye ayat daaa), sahabat dan juga kawan2 teman..ingat yeee..musuh jgn dicari, rezeki jgn ditolak, permintaan untuk berkawan, berteman & bersahabat haruslah dipenuhi...huhuhu..Wallahualam..

Disleksia


Salam semuaa...hari ni hari Sabtu..bile hari Sabtu, sekolah pun cuti..Pagi2 lagi teman bergegas ke cybercafe untuk menjalankan tugas sebagai staff yang patut dicontohi(blagak la pulakk kann)..hik3..Seperti biasa, masuk je cc, teman kemas2, sapu2 ape yg patut supaya nmpk sedap sket mate tuh memandang...

Setengah jam kemudian, ade dua org adik2 niehh..nk main game la kot..tu pada sangkaan temann laa, dier nk gune pc sejam..dier hulur pada teman not rm1 sebnyk dua keping..."kak, pc nombor 6 ye.." Teman pun, key-in la pada sistem sejamm je pc tuh boleh digunakan...xtau la nape rini mood teman mcm baik la kann..teman pun tnye.."adik, adik skola darjah berapa?" dier pun jawab, "darjah 5, kak.." Teman pun, menyambung semula kerja temann...tibe2..dier panggey teman.."kak, kak..cni jap..camne nk eja adnan sempit, ye?lupe laaa.." dalam hati teman..alamak..darjah 5, xkan xtau nk ngeja kann..mustahil la lupe..hurmmmm...

Trus2 teman teringat perbualan ngan kawan teman psl satu jenis gangguan dlm pembelajaran iaitu disleksia...org kite paham kalu sorang2 budak nieh xreti membaca, kire lembab la, bodoh la kann..tp sebenarnya budak nieh mengalami disleksia..

Dianggarkan dalam sesebuah sekolah, kira 4-8% pelajar mengalami masalah disleksia nieh..Ianya lebih kepada pelajar lelaki berbanding pelajar perempuan..Masalah disleksia nieh bukan setakat mengalami masalah mengeja je..termasuk juga masalah mengira, membaca dan menulis..hurmmm..teman dlu pun ade mslh nie kot..sbb sgt2 ssh nk mengingat sifir..especially la formula2 matematik..hik3...

Mcm mana nk kesan masalah disleksia niehh...kalau diawal prasekolah(tadika), mereka nieh mungkin mengalami masalah lambat bertutur,Mengalami kesukaran sebutan atau rima,Sukar menulis nama sendiri, Payah mengenal bentuk atau warna dan sukar memberitahu cerita yang telah didengarinya.. tu prasekolah...

Kalau di dalam persekolahan pulak, budak2 nieh mungkin
-Gagal menguasai tugasan sekolah seperti membaca, menulis, mengeja atau
mengira
-Tidak suka membaca dan mengelak dari membaca di kelas
-Kesilapan semasa membaca huruf, perkataan atau nombor (Bacaan terbalik) :
- 15 dengan 51
- “was” menjadi “saw”
- ‘b’ dengan ‘d’‘
-Kurang koordinasi seperti sukar mengikat tali kasut
-Keliru dengan konsep masa seperti ‘semalam’, ‘ hari ini’ , ‘esok’
- Kesukaran memahami, mengingati dan mengikuti arahan
-Selalu tersalah letak atau hilang barang atau kerja sekolah...
Rase2 ade x berlaku pd adik2 atau sedara mara atau anak2 mike?hik3...so tu la jwpnnye..

Tapi kan, budak2 disleksia nieh ade keistimewaan sendiri..jangan sesekali memandang rendah dgn keupayaan kanak2 disleksia nieh..Mereka nieh bijak, berdaya imiginasi tinggi, sangat2 kreatif dan mampu berfikir dari segala sudut n dimensi yang mana, kdg2 kite sendiri pun xpernah terfikir..Sape cakap insan yang ade disleksia nieh xboleh pegi jauh..tau x, ade yg da jd ahli politik..contohnye Lee Kuan Yew.. Pelakon plak contohnye Whoopi Goldberg dan juga Leonardo Di Caprio..tu adalah contoh2 insan yang ade disleksia..Kenal x pada sainstis Albert Einstein? Haaa..beliau pun ade Disleksia...

Jgn la sesekali cakap kanak2 yg ade disleksia nieh malas ke, lembab ke..kesian gak kat diorang..sepatutnye, kite yg bg bantuan utk mereka maju kann.. antara yang kita boleh bantu mereka...
1. Bina keyakinan diri mereka..ini kebiasaanye org yg terdekat la..mcm ahli keluarga, ibubapa..jgn sesekali putus asa tauu...sabar..
2.Rawat penyakit lain yg mungkin kite sedar, tp xnk amek peduli..contohnye hiperaktif ataupun kurang daya tumpuan.
3.Tingkatkan potensi pembelajaran melalui
-Terapi pertuturan
-Latihan pendengaran dengan bantuan komputer
-pendekatan pelbagai deria, contohnye deria sentuhan, merasa pergerakan bibir, deria pendengaran iatu mendengar ritma atau bunyi dan menulis huruf atau perkataan.
Antara langkah2 pemulihan yg boleh kite buat adalah:
1.Bantu kanak2 tuh menguasai maklumat secara bersansur2..
2.Pengulangan semasa mengajar(konsep ajar berlebihan)
3.Gunakan video atau kaset untuk belajar..
Ok, disamping tu, ade jugak sekolah yang mempunyai program khas untuk disleksia..kat bawah nieh ade teman sertakan kumpulan sokongan yang mungkin boleh membantu mike2 atau ahli keluarga mike yg ade masalah Disleksia nieh..
Persatuan Dyslexia Malaysia
No.6, Persiaran Kuantan,
Setapak
53200 Kuala Lumpur.
No. Tel/Fax:03-40255109
Harap maklumat nieh dapat membantu...Sama2 kite usaha, selebihnye kite berdoa..Wallahualam...

Copyright 2009 Ini Blog Teman Yang Punyee.... All rights reserved.
Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template.
Bloggerized by Miss Dothy