RSS

Berkhatan..


Salam semuaaa...hurmmm..ape khabar?huishhh..mcm lame je xberceloteh kat dlm blog teman niehh...hehhehe..skrg nieh kan da stat musim cuti sekolah..aktiviti yg biasa dilakukan balik kampung, jalan2 ngan famili, kije skola kne siap kann..hurmm..macam2 lg laa..yg paling menarik sekali bg adik2 lelaki yg berumur 7 tahun ke atas..iaitu aktiviti berkhatan...

Suatu hari..anak sedara teman yg namenye andy pernah menyembang ngan teman..


Teman:
Abg, gigi abg nieh biler nk tumbuh?

Andy :
xtau la acu..tp kan acu, kalu abg sunat, gigi tu tumbuh x?

Teman:(sambil gelak, lalu nanye pada andy) hurmmm..mungkin kot tumbuh, sbb abg da bsehor kann..tp kan, sunat tu sakit x bang?
Andy:
Perkhhhh..(mcm sound effect kena bom..maybe dier bygkan bunyinye camtu kot..)sakit kot..



Macam mne la dier boleh terfikir lps bersunat gigi bru nk tumbuh..Tp kan, mmg pun, seminggu sebelum sunat teman ghase, gigi kekal dier da mula kuar..huhuhu..Disusuli dengan kenduri di perkarangan umah akak teman, di seksyen 32, Shah Alam..Ade 3 majlis dibuat pada waktu yg sama, iaitu majlis cukur jambul utk baby yg newborn, kenduri doa selamat utk majlis berkhatan dan majlis harijadi utk Andy & Ally..teman mule2 konpius, c andy ni trus berkhatan ke kan..sbb sekolah ade lg satu minggu..ghupe2 nye just wat kenduri je..majlis "pemotongannye" berasingan..Tapi ape2 pun mmg sgt2 meriah majlis tu..


Syabas la pada andy, mmg dier seorang yg strong laa..pd 8 Jun 2010 hari beliau berkhatan, mmg sikit pun dier xnangis..Percaya x, selepas dier berkhatan, dier ngajak ayah dier gi cc utk tangkap belalang..haissshhh..xrase sakit ke andy..pagi tu berkhatan, petang tu teman balik dri keghoje, tengok2 dier ngadap fb..main game..




Sebelum Pemotongan..huhuhuhu..minum la ape nk minum, mkn ape nk mkn,k..nnt kne berpantang..



Selepas Pemotongan..releks je kann..of koz laa..dier kan hero..Asr' Andika Putera..



Ok..kat tempat pembaringan, jgn lupe mkn ubt..antibiotik tu make sure abis..



Saya mahu beradu...ngantukkk..lps mkn ubat..



Aktiviti selepas bangun dri pembaringan..hehheh..fb, fb & fb..



Ape hikmah berkhatan?

Syukur kepada Allah yang menetapkan syariat berkhatan sesuai dengan fitrah manusia. Dalam satu hadis yang dilaporkan oleh Abu Hurayrah, Nabi s.a.w berkata,

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Di antara fitrah ada lima perkara; khitan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Fitrah di sini bererti sunnah yang disyariatkan bagi ummat Islam bagi menjaga kebersihan dan kesucian badan daripada pelbagai kotoran. Topik khitan dan lain-lain mengenai penjagaan diri dibahaskan oleh ulama fikah di dalam Bab Toharah (bersuci). Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan soal kesucian diri dan menjaga imej ummahnya agar sentiasa tampil segar dan kemas.

Topik ini juga membuktikan salah satu keindahan ajaran Islam. Hari ini, berkhatan turut diamalkan di kalangan non muslim kerana mereka juga mahu faedah positif daripadanya. Maha suci Allah yang menjadikan amalan kebersihan sebagai salah satu ibadah penting dalam Islam.

Pernahkan ditemui di dalam Bible atau kitab-kitab agama lain yang mengatakan berkhatan sebahagian daripada ibadah? Jika ada pun, ia adalah dari syariat Allah pada nabi-nabi terdahulu yang masih tersisa kebenarannya.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari, orang pertama yang berkhatan ialah Nabi Ibrahim. Ketika usia baginda 80 tahun. Apa yang penting diketahui ialah amalan berkhatan sudah wujud sejak beribu tahun yang lalu. Dan ia bukan baru disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w serta ummatnya.

Hurmm..itu la ceghite teman yg ingin dikongsikan bersama komer semua,k..walaupun xbnyk diharapkan boleh menambahkan pengetahuan kita semua..

0 comments:

Post a Comment

Copyright 2009 Ini Blog Teman Yang Punyee.... All rights reserved.
Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template.
Bloggerized by Miss Dothy