RSS

Cerita yg patut Dikongsi..


Salam semua..Ape kabo?hurmm..menaip lg teman kat blog ni yeh..seperti biasa, rutin teman hari nieh, masuk je kedai, on semua pc..kemas2 ape yg patut dlm kedai nieh..n seperti biasa, bukak la in ternet nk cek e-mel..

Teman tertarik pada satu e-mel yg dikirimkan oleh sahabat teman..isi kandungannye sangat menginsafkan teman..oleh itu, suka teman nk berkongsi dgn sahabat2 teman sekalian..kandungan emel tersebut berbunyi seperti di bawah..

Salam ukhuwah buat semua,

Untuk sama² kita mengambil iktibar dari ‘cerpen muhasabah’ ini agar tidak tersasar jauh krn janji Allah adalah benar, syurga & neraka adalah benar. Pilihan di tangan kita d mana tmpat terakhir istrahat kita kelak.

Sudah ten2 haruman dan wangian syurgawi tmpt idaman, tp x semudah sekadar berbicara di bibir saja….Katakan & buktikan sekadar menyampaikan…


wassalam


"Demi masa. Sesunggungnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran." [103: 1-3]

Saya berjumpa fenomena menakutkan hari itu. Takkan saya lupakan selama-lamanya. Ia amat menakutkan dan membuatkan saya trauma beberapa ketika.

Terngiang-ngiang ungkapan hamba yang menyesali dosa, “Alangkah, lebih baik sekiranya aku menjadi tanah.”

Seorang lelaki berwajah buruk berkulit hitam merangkak-rangkak dengan penuh seksa di lembah kotor itu. Bau hanyir menusuk ke hidung, dengan segera
saya meutup hidung. Namun bau itu makin kuat. Lelaki buruk berwajah hitam legam, hingus meleleh di hidung mesipun sudah disapu berkali-kali, dan yang malangnya, ia telanjang bulat tanpa sebarang pakaian.


Ah, ia amat menjelekkan. Bukan hanya ia telanjang, bahkan lelaki yang lain, perempuan, mak nyah, pondan dan tomboi, semua bertelanjang dan sangat menjelekkan. Yang perempuan, air nanah meleleh keluar daripada kemaluan mereka. Yang lelaki, air kencing mereka berdarah dan berketul-ketul. Mereka membuang air kecil dengan penuh seksa dan meraung kepedihan.

Lelaki yang merangkak-rangkak itu dihidangkan makanan. Saya mengintai dari kejauhan. Aduh, hidangannya adalah najis lembu yang masih cair dan
dihurungi lalat. Najis hitam itu bercampur dengan air kencing lembu yang kuning-kekuningan. Saya muntah dibuatnya. Lelaki itu mengambil najis lalu disuap ke mulutnya dengan lahap. Ia muntah, namun dimakan terus tanpa henti.


Seksanya, hanyirnya. Tiba-tiba suasana menjadi pegun. Terdengar suara yang penuh garau dan menakutkan, “Wahai manusia terkutuk, tahukah kamu neraka Hawiyah? Itulah neraka yang apinya menjulang-julang.”

Saya terpandang sepasang lelaki dengan perempuan. Si perempuan itu mengumpulkan nanah yang keluar daripada kemaluannya lalu diberikan kepada lelaki. Ia minum dengan rakus, kemudian muntah keluar. Yek, jelek sekali. Kemudian si lelaki bangun berdiri dan kencing sedangkan perempuan itu menadah mulutnya. Wek, saya muntah di situ juga.

“Wahai penzina yang berbangga dengan kemaluannya di dunia, rasakan kamu air nanah dan najis pasangan kamu. Apa yang kamu banggakan di dunia adalah kehinaan di akhirat.”

Sekumpulan manusia bertelanjang berhidung babi dihidangkan dua jenis makanan. Makakan yang baik dan makanan yang jelek. Namun mereka seolah-olah tidak nampak makanan yang baik itu. Mereka menerkam ke arah makanan jelek, yang dihurungi cacing dan lalat. Baunya seperti bau najis ayam. Ia busuk sekali. Mereka makan dengan lahap kemudian bergaduh sesama mereka.

“Wahai pemakan riba, kamu mengetahui bahawa riba merupakan kemurkaan di sisi Allah. Allah telah menyediakan ruang mencari rezeki yang baik untuk kamu namun kamu memilih riba.”

Saya ketakutan. Ya Allah, di alam manakah aku ini sebenarnya. Seketika, saya melihat kejauhan. Seorang yang kelihatan soleh. Wajahnya tampak kuat beribadat. Ia diperintahkan ke sebuah taman yang indah. Namun, baru sahaja ia melangkah, kakinya dipegang erat oleh seseorang.

“Ya Allah, janganlah Kamu masukkan ia ke dalam taman keindahan itu. Ia seorang berilmu, namun ia tidak menyampaikannya kepada kami. Ia seorang naqib, namun ia tidak pernah berusrah dengan kami. Ia seorang pemimpin, namun ia tidak pernah membimbing kami. Ia seorang kuat ibadah, namun tidak pernah menunjuki kami. Masukkan ia ke neraka Ya Allah.”

Saya terus menangis. Seorang naqib? Ya, saya seorang naqib. Apakah seorang naqib seperti saya, yang tidak melakukan usrah akan dicampakkan ke dalam
lembah orang telanjang itu? Saya menggeletar ketakutan.


Saya melihat sekumpulan wanita. Mereka sedang mengerumuni satu hidangan. Saya mengintai jauh-jauh. Alangkah, mereka sedang meratah daging mayat manusia. Mereka melapah daging manusia itu hidup-hidup. Siapakah mereka itu Wahai Tuhan?

Saya tambah menggigil apabila melihat salah seorang daripada mereka. Itu adalah saudara saya. Ia seorang yang berbai’ah dengan perjuangan Islam dan mencintai perjuangan. Mengapa ia turut berada dalam kelompok terkutuk itu.

“Itulah kumpulan wanita yang suka mengumpat dan menyebarkan fitnah. Mereka memperjuangkan Islam. Namun dalam masa yang sama, mereka suka sekali menaburkan fitnah dan mengumpat.”

Satu suara menjelaskan kepada saya.


Ya Allah, saya mengerti. Ini kisah benar. Saya mendengar dari rakan saya sendiri. Apabila seorang muslimah berkenan dengan seorang muslimin, dan muslimah itu meminta bantuan daripada rakannya menjadi orang tengah. Malangnya, orang tengah itu bukannya menjalin ikatan bahkan menaburkan fitnah.

Ya Allah, saya berharap cerita ini bukannya mengumpat dan menaburkan fitnah, bukan juga menyebarkan keburukan orang lain.

Seorang ahli pejuang Islam, keluar berdua-duaan dengan muslimah yang turut pejuang Islam. Berpegangan tangan. Menunggang motosikal bersama-sama.
Nah, kepada mereka kita ingatkan, Peluklah pasangan kamu itu di atas motor seerat-eratnya, namun harus kamu ingat, yang kamu peluk itulah yang akan menghirup nanah yang keluar dari kemaluan kamu.

Na’uzubillah, Ajirna minannar.

Saya keanehan. Mengapa seorang lelaki boleh mempercayai seorang perempuan yang sanggup menyerahkan tangan untuk dipegang, kulit untuk dibelai menjadi isterinya? Bolehkah perempuan itu dipercayai untuk menjadi ibu kepada anaknya?

Darah haid,” saya berpaling ke belakang. Seorang tua bertongkat merapati saya. " Darah haid, apa maksud atuk"

Orang tua itu menunjukkan saya ke satu arah. Terbeliak mata saya melihatnya. Sekumpulan lelaki dihidangkan air berupa darah haid yang baru sahaja keluar daripada seorang perempuan.

“Darah haid itu adalah untuk orang yang memuja perempuan sehingga lalai daripada mengingati Allah,”

Oleh Dzulkhairi Mohd Noor

Hurmm..begitulah bunyi kandungan e-mel yg telah diforwardkan ke dalam inbox mail teman..sungguh takut kann..mengerikan..Diharap kita insaf di atas segala perlakuan kita di dunia..segala yg kita lakukan di dunia akan diadili di akhirat kelak..

Renung2kan & selamat beramal..

Berkhatan..


Salam semuaaa...hurmmm..ape khabar?huishhh..mcm lame je xberceloteh kat dlm blog teman niehh...hehhehe..skrg nieh kan da stat musim cuti sekolah..aktiviti yg biasa dilakukan balik kampung, jalan2 ngan famili, kije skola kne siap kann..hurmm..macam2 lg laa..yg paling menarik sekali bg adik2 lelaki yg berumur 7 tahun ke atas..iaitu aktiviti berkhatan...

Suatu hari..anak sedara teman yg namenye andy pernah menyembang ngan teman..


Teman:
Abg, gigi abg nieh biler nk tumbuh?

Andy :
xtau la acu..tp kan acu, kalu abg sunat, gigi tu tumbuh x?

Teman:(sambil gelak, lalu nanye pada andy) hurmmm..mungkin kot tumbuh, sbb abg da bsehor kann..tp kan, sunat tu sakit x bang?
Andy:
Perkhhhh..(mcm sound effect kena bom..maybe dier bygkan bunyinye camtu kot..)sakit kot..



Macam mne la dier boleh terfikir lps bersunat gigi bru nk tumbuh..Tp kan, mmg pun, seminggu sebelum sunat teman ghase, gigi kekal dier da mula kuar..huhuhu..Disusuli dengan kenduri di perkarangan umah akak teman, di seksyen 32, Shah Alam..Ade 3 majlis dibuat pada waktu yg sama, iaitu majlis cukur jambul utk baby yg newborn, kenduri doa selamat utk majlis berkhatan dan majlis harijadi utk Andy & Ally..teman mule2 konpius, c andy ni trus berkhatan ke kan..sbb sekolah ade lg satu minggu..ghupe2 nye just wat kenduri je..majlis "pemotongannye" berasingan..Tapi ape2 pun mmg sgt2 meriah majlis tu..


Syabas la pada andy, mmg dier seorang yg strong laa..pd 8 Jun 2010 hari beliau berkhatan, mmg sikit pun dier xnangis..Percaya x, selepas dier berkhatan, dier ngajak ayah dier gi cc utk tangkap belalang..haissshhh..xrase sakit ke andy..pagi tu berkhatan, petang tu teman balik dri keghoje, tengok2 dier ngadap fb..main game..




Sebelum Pemotongan..huhuhuhu..minum la ape nk minum, mkn ape nk mkn,k..nnt kne berpantang..



Selepas Pemotongan..releks je kann..of koz laa..dier kan hero..Asr' Andika Putera..



Ok..kat tempat pembaringan, jgn lupe mkn ubt..antibiotik tu make sure abis..



Saya mahu beradu...ngantukkk..lps mkn ubat..



Aktiviti selepas bangun dri pembaringan..hehheh..fb, fb & fb..



Ape hikmah berkhatan?

Syukur kepada Allah yang menetapkan syariat berkhatan sesuai dengan fitrah manusia. Dalam satu hadis yang dilaporkan oleh Abu Hurayrah, Nabi s.a.w berkata,

الْفِطْرَةُ خَمْسٌ أَوْ خَمْسٌ مِنْ الْفِطْرَةِ الْخِتَانُ وَالِاسْتِحْدَادُ وَنَتْفُ الْإِبْطِ وَتَقْلِيمُ الْأَظْفَارِ وَقَصُّ الشَّارِبِ

“Di antara fitrah ada lima perkara; khitan, memotong bulu kemaluan, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan memotong misai."

Hadis direkodkan oleh Imam Bukhari dan Muslim.

Fitrah di sini bererti sunnah yang disyariatkan bagi ummat Islam bagi menjaga kebersihan dan kesucian badan daripada pelbagai kotoran. Topik khitan dan lain-lain mengenai penjagaan diri dibahaskan oleh ulama fikah di dalam Bab Toharah (bersuci). Ini menunjukkan betapa Islam menitik beratkan soal kesucian diri dan menjaga imej ummahnya agar sentiasa tampil segar dan kemas.

Topik ini juga membuktikan salah satu keindahan ajaran Islam. Hari ini, berkhatan turut diamalkan di kalangan non muslim kerana mereka juga mahu faedah positif daripadanya. Maha suci Allah yang menjadikan amalan kebersihan sebagai salah satu ibadah penting dalam Islam.

Pernahkan ditemui di dalam Bible atau kitab-kitab agama lain yang mengatakan berkhatan sebahagian daripada ibadah? Jika ada pun, ia adalah dari syariat Allah pada nabi-nabi terdahulu yang masih tersisa kebenarannya.

Menurut hadis yang direkodkan oleh Imam Bukhari, orang pertama yang berkhatan ialah Nabi Ibrahim. Ketika usia baginda 80 tahun. Apa yang penting diketahui ialah amalan berkhatan sudah wujud sejak beribu tahun yang lalu. Dan ia bukan baru disyariatkan kepada Nabi Muhammad s.a.w serta ummatnya.

Hurmm..itu la ceghite teman yg ingin dikongsikan bersama komer semua,k..walaupun xbnyk diharapkan boleh menambahkan pengetahuan kita semua..

Budak2 zaman sekarang


Salam semuaa..hallu3...hurmm..lame ghasenye teman idok mengupdate blog teman niehh..al-maklum laaa..kdg2 sibuk, kdg2 menyibukkan diri...yehaaaaa...kepada cikgu2 n pelajar2 yg da stat bercuti..ater, idok ke ingt nk balik kampung..hehhehe..bile skola da stat cuti, mmg kompem2 la cc nieh penuh..

Suatu hari, mase tu, cc mmg penuh ngan pelajar laa kann..ade sorang mamat nieh masuk dlm cc siap nanye lg kat teman
"ni cc ke kelas komputer.."huhuhu..reaksi teman..sengih je..

Sepanjang menjaga cc nieh, mmg customer kat cni pelajar yg berusia 6-25 tahun laaa..tu average..dari pemerhatian teman, kebanyankannye sgt2 suka main game..selain tu suke nk berfacebook..hahhaha..percaye x, budak umur 8 tahun pun da de fb sendri..paling kelaka la kan, ade la sepasang budak2 niehh..bru2 nk ade fb kann..duduk sebelah2 niehh..tp siap ckp lg..
"wei, aku nk chat ngan ko niehh.." bile kawan dier jenguk kan, siap leh tutup lg.."ehhh..ape niehh, tunggu la aku anto msg kat fb..jgn la bace sekarang..." hadoiii..mcm nieh pun ade gak ke..bior leee kann..tp, bile dier jenguk pc kite, siap bace kuat2 lg ape yg kite tulih..mau nye xghase nk karate gigi budak tuh..wahahhaha..

Tapi budak2 nieh bagus la..depa punye explore tu mmg teman salute laaa..salah satu nye..ade yg bukak blog blaja bahase jawa...hahhahaa..percaye x?pastu siap menuturkan bahasa tu...mmg caya la dikk..sambil bercakap ngan kawan di sebelahnye
"ko tengok aku ckp bhse jawa..siji, loro.." kuat..teman ghase satu cc bley blajo bhse jawa ngan adik tuh..wahhh...bagus dikk..xpe laa..janji x melanggar syariat agama..

Benda teman paling xgemor la kann..bile budak2 nieh wat bising..heee..mmg teman halau je keluor..especially kalu yg gado2 niehh..xlarat dowhh..ghimehh tul..bile jd camtu, rse cam teman nieh jd cekgu displin pun ade..utk itu, mmg teman salute la sape2 yg jd cekgu...ssh tul nk handle budak2 zaman skrg niehh..dgn menjawabnye, xdgor nasihat nyee..ya ammpunn..kalu teman jd cekgu, rse nye 2-3bulan mau kot dpt darah tinggi..dtg skolah pakai kolar je kann..hahahha..

Tp, ade satu cite nieh..sorang budak nieh, dier existing customer la kat cc niehh..dier gi bermain ngan kawan2 dier kat semak2 tu laa..kawasan kampung kann..so, depa gi la menangkap belalang..tibe2 dier masuk kat cc niehh..sambil membebel2..
"acikkk...dier wat hilang belalng yg sy tangkap td.." teman pun menjawab dgn penuh kasih syg laaa(kunun) "laaaa..biar la belalang tu lepas..dier pun nk idup bebas gak kann..cian kat belalng tuh.." dier jawab balik.."ish..ape plakk..sy nk bg mak sy masak la belalang tuhh.." trus teman tercenggang..xtau nk jwb ape.. satu cc tu gelak..ade lg ke org mkn belalang..kalu kt ceruk lain, ade la kot kan..tp kat kawasan nieh, stakat nieh, alhamdulillah..cukup semuanye...
Copyright 2009 Ini Blog Teman Yang Punyee.... All rights reserved.
Sponsored by: Website Templates | Premium Wordpress Themes | consumer products. Distributed by: blogger template.
Bloggerized by Miss Dothy